Salam semua entry kali ini lebih kepada memuhasabah diri aku sendiri dan sedikit panjang..kalau korang ada masa jemput la baca..InsyaAllah mana yang baik jadikan teladan mana kurang tolong perbetulkan...
Jam menunjukkan hampir pukul 7 malam..Senja mula berlabuh menggantikan cahaya bulan dan pekat malam..Hari itu hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi Allah S.W.T yang indah ini yang turut dihiasi dengan lampu-lampu di sepanjang jalan..Aku berkata kepada rakanku "kita p kat masjid yang kita jumpa tadi ja la eh" rakanku terus mengangguk,tanda setuju..Aku dan rakanku meneruskan perjalanan ke masjid yang terletak tidak jauh dari tempat kami berteduh sebentar tadi..Sesampainya di depan pintu pagar masjid itu, aku melihat deretan kereta pelbagai warna di perkarangan masjid yang bagi aku sebagai seorang pelajar boleh dikatakan mewah..Terdetik di hatiku untuk menggucapkan Alhamdullilah kerana masih ada diantara kita yang masih mahu mengerjakan solat di masjid tua itu...Walaupun hujan begitu lebat pada malam itu, namun masih ada yang bersemangat untuk bertandang ke rumah Allah S.W.T itu...Aku terus membawa moto ego rakanku menyusur laju ke arah tempat parkir berbumbung untuk berteduh..Disebabkan keuzuran, aku hanya menunggu rakanku diluar masjid sambil memerhati gelagat pemandu-pemandu rakus menyusur laju di jalan raya tanpa mengira pemandu-pemandu lain..Saat menunggu laungan azan bergema memecah sepi malam itu, aku sempat memerhati gelagat pemuda-pemuda yang bertungkus-lumus memasang khemah di sisir jalan berhadapan dengan masjid tua itu, dengan tujuan untuk mencari rezeki..Aku tidak pasti apa yang dijual oleh pemuda-pemuda itu,namun hasil gigih mereka bertungkus-lumus memasang khemah ditemani hujan lebat dikala itu menyentuh sanubariku..Adakah aku akan senasib dengan mereka?Itu yang bermain dimindaku..Setelah seketika leka dengan panorama malam itu, aku dikejutkan dengan laungan azan yang sekali lagi telah menyentuh kalbuku..Aku merasa begitu tersentuh pabila mendengar suara imam yang melaungkan azan itu kerana beliau berusaha melaungkan azan sempurna mungkin walaupun suaranya serak dan sesekali terputus-putus mungkin kerana tidak bergitu sihat dikala itu..itu tanggapan aku ketika itu..Namun, seketika kemudian aku berpaling kembali melihat pemuda-pemuda tadi, yang masih tekun membuka khemah tanpa menghiraukan azan yang tengah berkumandang..Aku mula berfikir, adakah kita perlu tekun dan gigih mencari rezeki namun kita leka dan lalai dari menjalankan tanggungjawap kita sebagai khalifah di muka bumi Allah S.W.T ini..Aku mula membandingkan antara kegigihan pemuda-pemuda itu untuk mencari sesuap nasi, dengan kegigihan imam yang berusaha sedaya upaya melaungkan azan tadi..Aku mula berfikir,jikalau aku berada di tempat pemuda itu, adakah aku akan bersikap seperti mereka yang meneruskan kerja tanpa menghiraukan azan yang memanggil-manggil umat islam untuk mengerjakan ibadah solat? Khayalan aku terhenti pabila melihat seorang wanita melangkah masuk melalui pintu kecil di belakang masjid tua itu..Aku melihat gelagat wanita tidak bertudung itu melangkah laju ke arah deretan kereta mewah tadi..sesetika wanita itu berlari-lari anak bagi mempercepatkan lagkahnya dan mengelakkan hujan yang semakin mencurah-curah..semakin dekat semakin jelas wajah wanita itu dapat aku lihat, rupa-rupanya wanita itu bukan la seagama denganku..mungkin berbangsa cina, dari raut wajahnya..Aku melihat wanita itu menghampiri sebuah kereta lalu membukanya langsung memandu keluar dari perkarangan masjid tua itu...Aku tergamam seketika, bagaimana wanita cina itu boleh memasuki perkarangan masjid tua itu semata-mata untuk mempakir keretanya tanpa rasa besalah...Adakah tidak ada tempat lain yang lebih sesuai?..Atau aku sendiri yang merasa perkara itu tidak wajar tapi bagi wanita itu hanya perkara biasa..Tidak lama selepas itu, aku melihat kelibat seorang lelaki pula juga memasuki pintu yang sama dengan wanita cina tadi..Aku amati gaya lelaki itu, tenyata lelaki itu juga berbangsa cina, dia juga melakukan perkara yang sama dengan wanita cina tadi..lelaki cina itu mendekati keretanya lalu menyusur keluar dari perkarangan masjid tanpa rasa bersalah...Kemudian datang seorang lagi lelaki juga berbangsa cina dan melakukan perkara yang sama dengan wanita dan lelaki tadi..Aku mula berfikir adakah ini perkara biasa bagi penduduk-penduduk di sekitar masjid tua itu?..Aku juga berfikir tentang syukur yang aku ucapkan sebelum melangkah masuk kedalam masjid tadi..rupanya deretan kereta yang berada di kawasan masjid itu lebih banyak bertuankan bangsa dan agama lain dan bukannya beragama islam..Aku mula merasa kecewa, namun sebabnya aku juga tidak pasti..mungkin kecewa dengan sikap wanita dan lelaki berbangsa cina tadi..mungkin kecewa dengan sikap sahabat-sahabat seagama denganku...Mungkin... itu ungkapan yang mampu aku katakan..sekian

1 comment:
law ak la kn,da lme ak sound mamat t psg khemah tuh ha...
Post a Comment